Selasa, 5 Ogos 2014

Virus Shortcut, File Dan Folder Hilang


Assalamu’alaikum WRT WBT;
Terima kasih kerana sudi membuka dan membaca post-post di blog saya ni. Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Terus kepada tajuk, 
Virus ini terjadi dimana-mana terutama di IPT, Sekolah, Pejabat, Kafe Siber dan seangkatannya. Ianya merebak melalui device/pendrive yang telah sedia dijangkiti dan dibuka pada komputer yang masih elok. Kebanyakkan Anti Virus dapat mengesan virus ini dan membuangnnya, namun kesan sampingan dari virus tersebut, fail dan folder anda tidak menjadi seperti asal.
Disini saya akan menunjukkan cara-cara untuk memperbaiki kembali fail dan folder yang telah menjadi shortcut akibat daripada virus-virus yang bertebaran. Langkah ini berdasarkan cara yang saya selalu lakukan. Lihat rajah dibawah;
(Contoh External Harddisk yang telah dijangkiti virus) 
Virus ini membuatkan folder/fail anda menjadi Super Hidden, bukan Hidden biasa yang kita temui. Folder/fail yang telah terkena jangkitan virus ini tidak akan dapat ditukar kepada asal melalui Properties windows. Kena ada langkah-langkah yang perlu dituruti.
Ikuti langkah-langkah berikut, klik pada gambar untuk besarkan (tutorial ini menggunakan Windows 7):


  1. Klik pada Organize, dan pilih Folder and search options

  1. Pilih tab Viewcheck pada Show hidden files, folders, and driversUntick Hide protected operating system files (Recommended).



  1. Buka kembali drive anda, folder asal akan kelihatan. Untuk mengenalpasti, folder asal berada dalam keadaan kabur dan Type adalah File folder.



4. Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus. Firts buka Command Prompt.
    tekan start menu > run > taip  cmd.


5. Untuk memulihkan folder-folder dalam driver c: dalam cmd taip  attrib c:*.* /d /s -h -r -s

6. Untuk memulihkan folder-folder dalam driver d: dalam cmd taip  attrib d:*.*/d /s -h -r -s


7. Untuk mengetahui apakah command-command diatas dalam cmd taip  help attrib.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan